Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian ini, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat oleh ibu mangsa pada jam 8.49 malam tadi di Balai Polis Rawang di sini.
Bayi tersebut telah dihantar oleh ibunya ke taska tersebut yang terletak di Rawang pada pagi semalam.
"Ibu mangsa bagaimanapun mendapat tahu kejadian itu selepas dihubungi pengusaha taska melalui telefon.
"Berdasarkan siasatan awal, kejadian melecur itu berlaku pada jam 4 petang semalam. Mangsa segera dibawa ke klinik berhampiran oleh pengusaha taska sebelum dirujuk ke Hospital Selayang," katanya.
Bayi tersebut sekarang dirawat di Hopital Selayang dan dilaporkan stabil. Pihak polis kini sedang menyiasat punca sebenar tentang kejadian tersebut.
"Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan polis akan melakukan siasatan terperinci sama ada kejadian itu disengajakan atau sebaliknya," katanya.
Susulan itu pihak polis akan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
No comments
Post a Comment