Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gambar Bayi Duyung Jadi Viral
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



JOHOR BAHRU – Heboh semalam ekoran penyebaran gambar dan berita kononnya seorang bayi yang dilahirkan di Hospital Pontian dekat sini memiliki kaki seperti seekor ikan duyung.
Gambar dan berita yang menjadi viral di beberapa laman sosial dan portal berita itu mendapat pelbagai komen yang semuanya menyatakan perasaan terkejut, ajaib dan misteri.
Sumber yang dipetik daripada portal terbabit bermula daripada seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Atok Yan yang menyebarkan gambar bayi berkenaan.
“Seorang bayi telah dilahirkan seperti ikan duyung di Hospital Pontian petang semalam (kelmarin). Mari kita sama-sama ucapkan Subhanallah,” demikian status Facebook Atok Yan berkenaan gambar itu.
Penyebaran gambar tersebut telah mendapat perhatian sebanyak 5,515 pengguna Facebook sebelum ia dikongsi sebanyak 1,229 kali.
Gambar bayi yang menunjukkan kedua-dua belah kakinya melekat seperti kaki haiwan mitos itu didakwa dilahirkan di Hospital Pontian petang kelmarin.
Namun keghairahan rakyat negara ini yang cepat mempercayai gambar dan berita itu tidak bertahan lama apabila selang beberapa jam kemudian Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat menafikan cerita bayi duyung itu.
“Saya boleh katakan bahawa gambar seorang bayi yang didakwa dilahirkan dengan kaki seperti seekor duyung di Hospital Pontian seperti tersebar dalam laman sosial hari ini (semalam) adalah tidak benar.
“Ini kerana setelah disemak dengan pihak Hospital Pontian, tiada sebarang kelahiran direkod di hospital itu pada hari semalam (kelmarin), jadi sudah tentu berita ini adalah tidak benar,” kata Ayub ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.



Kosmo..

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments