CHINA – Menjijikkan, namun ada juga yang sanggup memakannya. Bagi seorang wanita dikenali sebagai Miss Chen, tindakannya memuatkan naik gambar makanan yang meloyakan untuk sarapannya iaitu hidangan tikus, telah mencetuskan perdebatan hebat dalam media massa di negara itu.
Miss Chen yang menetap di Fuzhou menyatakan dia telah dipaksa oleh ibunya supaya makan tikus berkenaan sebelum keluar bekerja.
Ini kerana, kata Miss Chen, ibunya percaya hidangan tikus yang dikatakan mempunyai khasiat tinggi, mampu mengembalikan semula seri wajahnya, yang kelihatan kusam.
“Pada mulanya saya sangkakan ia adalah hidangan arnab namun selepas menyedarikan ia adalah tikus, saya enggan makan. Tetapi ibu tetap memaksa saya memakannya.
“Ibu memberitahu saya bahawa dia mengambil masa yang lama menyediakan hidangan tikus itu selain terpaksa mencabut semua bulu pada binatang berkenaan,’’ katanya.
Menurut Miss Chen, dia terpaksa juga makan hidangan tikus berkenaan dengan menutup mata dan sepanjang hari, dia berasa tidak sihat akibat makan masakan itu.
Keluarga Miss Chen percaya makan seekor tikus, sama khasiatnya dengan tiga ekor ayam.
Tikus merupakan makanan di barat Fujian dengan tikus yang dijemur dan dikeringkan adalah popular.
Bagaimanapun pakar memberi amaran bahawa seekor tikus, meskipun dalam saiz yang kecil, namun ia membawa banyak kuman yang boleh menjejaskan kesihatan.
No comments
Post a Comment