Makeup artis berbangsa British, Jordan James Parke sangat mengagumi kewujudan Kim Kardashian selepas menonton hanya 1 episod 'Keeping Up with the Kardashians'. Kekaguman beliau diserlahkan dengan membelanjakan setengah juta ringgit hanya untuk kelihatan serupa dengan artis pujaannya itu.
Setakat ini dia telah melalui 50 siri pembedahan kosmetik termasuk botox, pembedahan bibir, menaikkan cheek bone, mentatu kening dan rawatan membuang mulu dimuka.
"Saya suka semuanya tentang Kim," kata Jordan.
"Dia merupakan wanita tercantik didunia. Kulitnya, rambutnya dan semua tentang dia. Dia sangat sempurna." tambah Jordan.
Setelah melalui kesemua pembedahan untuk menukar rupa menjadi Kim, Jordan kelihatan seperti Kim yang "TERLEBIH SUDAH' dan ramai yang mengkritik perubahannya yang nampak seperti plastik daripada menyerupai Kim.
Namun padanya, dia tidak mengubah dirinya untuk kelihatan natural, jika ya pastinya dia sudah meminta wangnya dikembalikan.
No comments
Post a Comment