KOTA BHARU – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencederakan seorang lelaki dengan kayu, enam tahun lalu.
Lans Koperal Fakrul Azam Ab Alim@Musthapa, 26, didakwa dengan niat mencederakan Mohd Zulfadhli Razali, 28, di alamat Kampung Pasir Kasar Sering, di sini, pada jam 6.15 petang, 15 Disember lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.
Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah. Majistret, Nik Habri Muhamad kemudian menetapkan sebutan semula pada 18 Jun depan.
Sementara menunggu sebutan semula, dia dibenarkan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Sebutan semula ditetapkan bagi pengurusan kes.-sinar
No comments
Post a Comment