DAH lama jugak Murai Batu tak dengar kisah sensasi pasal Diva AA, Azwan Ali. Yelah, selalunya apa saja cerita pasal Azwan yang sampai kat telinga Murai Batu.
Tapi, sejak kebelakangan ini, Azwan Ali dah makin senyap pulak. Apa kes? Sibuk kuruskan badan ker. Sebab Murai Batu dengar Azwan Ali, semakin kurus sekarang ini. Ya ker, wahai editor-editor di Murai?
Yang penting dalam pada penulis sibuk nak cari gambar terkini Azwan Ali sebab nak tengok sendiri betapa langsingnya badan pengacara yang terkenal dengan mulut laser ini, tiba-tiba penulis dapat satu panggilan telefon lewat malam tadi.
Yang telefon penulis adalah kengkawan yang sibuk nak bergosip. Mengalahkan Cik Wok dalam siri Tiga Dara Pingitan. Cerita yang dibawa adalah tentang si Azwan Ali.
Eh! Macam tahu-tahu pulak diaorang yang penulis tengah nak korek cerita pasal perkembangan terbaru Azwan. Tapi, cerita yang dibawa bukan pasal cerita Azwan Ali dah mengecut sekarang ini.
Tapi pasal satu kejadian yang berlaku di Tesco Sungai Petani baru-baru ini. La apa lagi kes si Azwan ni? Khabarnya, Azwan telah diundang menjayakan rakaman program Ketuk Ketuk Ramadan musim baru ini untuk produksi Sheila Rusly yang kini sudah bergelar Hajah.
Eh! Bila masa pulak diaorang ni dah berbaik semula. Tapi, baguslah…Suka penulis bila Azwan Ali dengan Sheila Rusly sudah kembali berdamai serta mengetepikan persengketaan mereka.
Okey, so untuk musim baru Ketuk Ketuk Ramadan ini, penulis dengar ramai lagi artis top yang bakal menjayakan rakaman program ini. Antaranya ialah Mawi serta Arja Lee.
Azwan Ali adalah salah seorang daripadanya. Tak kisahlah. Tapi setahu penulis, Azwan Ali bukan orang Kedah. So, apasal pulak Azwan dibawa ke Kedahkan? Agaknya, penerbitnya iaitu Hajah Sheila Rusly memang pilih artis tak ikut negeri kot.
Sambung cerita balik, khabarnya meriah betul Sungai Petani Kedah apabila Azwan Ali dengan Sheila Rusly menjayakan rakaman program masakan tersebut.
Namun, ada juga cerita yang tidak begitu sedap. Sewaktu menjayakan rakaman program tersebut, Azwan Ali kehausan dan meminta air minuman 100 Plus daripada Pengurus Produksi atau PM.
Pengurus Produksi atau PM ini pulak bukan nak membantu. Tapi, boleh pulak merungut-rungut serta mendengus-dengus. Malah dengan nada biadap, dia beritahu 100 Plus tidak ada.
Bila tengok perangai dia yang acuh tak acuh dan macam malas nak melayan tu, Azwan Ali pun naik hantulah. Apa lagi straight dia panggil pengutus Tesco Sungai Petani.
Bukan setakat 1 atau 2 botol, Azwan Ali terus diberikan 18 botol 100 Plus. Tahulah penulis macam mana rupa PM tu bila tengok Azwan dapat berbotol-botol air minuman isotonik tu. Mesti bera kot.
Apapun, Kes tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Azwan Ali dan Azwan Ali pun teruslah menceritakan apa yang telah berlaku kepada penerbit dan juga pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan itu. Pendek kata, penerbit sudah take note! -Murai.com
No comments
Post a Comment