AKIBAT terkejut dengan ‘prank’ yang dirancang untuk mengenakannya, pelakon dan pelawak, Sharifah Shahira jatuh terlentang hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di belakang kepalanya.
Menceritakan semula kejadian yang berlaku pada waktu senja itu, pelakon yang terkenal dengan watak komedi ini memberitahu ‘prank’ berkenaan dirancang bagi sebuah program ‘game show’.
“Ketika itu waktu maghrib dan saya baru pulang dari tempat kerja menuju ke kereta. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan kelibat seperti hantu keluar dari bonet kereta.
“Saya terkejut dan terus berlari tapi nasib tak baik kerana terlanggar kereta lalu terjatuh terlentang. Saya bukannya takut hantu, tapi saya terkejut sebab kejadian itu berlaku di kawasan sunyi mana tahu kalau-kalau itu adalah orang gila kata beliau.
No comments
Post a Comment