Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bas Ekspres ‘Bertembung’ Dengan Helikopter Di PLUS
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Difahamkan ada kejadian sebuah bas ekspres bertembung dengan sebuah helikopter di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Kepala Batas, Pulau Pinang.
Kejadian itu melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sebuah kereta turut terbalik dalam kejadian itu.
Jika anda sedang memandu ke arah utara sebaiknya berhati-hati jika melalui kawasan itu kerana kemalangan seperti itu pastinya akan menjadikan jalan raya sesak teruk.
Jangan panik dahulu, sebenarnya itu adalah latihan kecemasan kemalangan yang diadakan oleh pihak PLUS dua hari lepas.
Mynewshub.my menghubungi talian PLUS untuk mendapat kepastian berkenaan.


Jurucakap itu berkata latihan itu sebagai langkah persediaan kepada PLUS jika kejadian tidak diingini seperti sebuah helikopter mendarat cemas di atas lebuh raya atas sebab-sebab teknikal.
“Sebenarnya itu adalah latihan tuan, kami adakannya dua hari lepas untuk bersedia jika ada helikopter terpaksa mendarat di lebuh raya jadi kami bersedia untuk semua kemungkinan,” katanya.
Syabas kepada pihak PLUS kerana mengadakan latihan sebegitu kerana ia pastinya tidak terfikir untuk sebuah helikopter mendarat di atas lebuh raya PLUS yang begitu sibuk digunakan oleh pengguna lebuh raya setiap hari.
Lebih-lebih lagi apabila terjadi kehilangan sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lepas yang tidak diketahui lokasinya sehingga hari ini. – MYNEWSHUB.MY

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments