Georgetown: Seorang wanita
warga emas ditemui rentung dalam keadaan berpelukan dengan tiga anjing
peliharaannya dalam satu kebakaran di Kampung Paya Terubong, di sini,
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa Tham Pek
Guan, 75, dikatakan cuba menyelamatkan semua anjingnya, namun dia
akhirnya tidak sempat keluar dan rentung dalam keadaan berpelukan dengan
haiwan peliharaannya itu.
Difahamkan, mangsa ketika itu sudah berada berhampiran pintu namun tidak berdaya keluar selepas dipercayai lemas dalam asap sebelum terjatuh dan tubuhnya dijilat api.
Mangsa yang masih bujang itu tinggal berseorangan dengan menyewa rumah kecil di belakang sebuah kilang membuat kotak meter elektrik sejak lapan tahun lalu dan memelihara anjing untuk menemaninya.
Mangsa yang masih bujang itu tinggal berseorangan dengan menyewa rumah kecil di belakang sebuah kilang membuat kotak meter elektrik sejak lapan tahun lalu dan memelihara anjing untuk menemaninya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong Poh Leong Soon berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran itu jam 1.10 tengah hari.
No comments
Post a Comment