Kota Kinabalu: Riak muka
pengurus restoran, Riduan Masmud, kelihatan ‘keliru’ walaupun berdiri
dengan tenang di kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Itu antara reaksi Riduan, 40, yang didapati bersalah kerana merogol gadis bawah umur, yang kemudian dikahwininya selepas keputusan berkenaan dibacakan Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad.
Bagaimanapun, sejurus kes berkenaan selesai, Riduan dilihat berbincang dengan Y S Lo dan Timothy Daut, yang mewakili peguam belanya, Ram Singh, sebelum kelihatan menganggukkan kepala.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin.
Terdahulu, Ummu Kalthom bagaimanapun berkata, hukuman ditangguhkan untuk mendengar hujahan bertulis daripada pihak pendakwaan dan peguam bela, jam 9 pagi, Isnin depan.
Hakim turut membenarkan tempoh jaminan ke atas Riduan dilanjutkan.
Itu antara reaksi Riduan, 40, yang didapati bersalah kerana merogol gadis bawah umur, yang kemudian dikahwininya selepas keputusan berkenaan dibacakan Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad.
Dia yang memakai jaket hitam, berdiri di kandang tertuduh sepanjang keputusan dibacakan hakim selama lebih lima minit, dalam bahasa Inggeris, pada jam 10.25 pagi.
Bagaimanapun, sejurus kes berkenaan selesai, Riduan dilihat berbincang dengan Y S Lo dan Timothy Daut, yang mewakili peguam belanya, Ram Singh, sebelum kelihatan menganggukkan kepala.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin.
Terdahulu, Ummu Kalthom bagaimanapun berkata, hukuman ditangguhkan untuk mendengar hujahan bertulis daripada pihak pendakwaan dan peguam bela, jam 9 pagi, Isnin depan.
Hakim turut membenarkan tempoh jaminan ke atas Riduan dilanjutkan.
Mengaku tak bersalah
Riduan, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol pelajar perempuan berusia lingkungan 12 tahun antara jam 9 pagi hingga 10 pagi di dalam sebuah kereta di tepi jalan dekat kawasan Air Terjun Kionsom di Inanam pada 18 Februari tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 20 Mei tahun lalu, Riduan memberitahu mahkamah dia sudah mengahwini gadis itu pada 7 Mei.
Bagaimanapun, pada 6 Jun, Jabatan Peguam Negara berkata, pendakwaan terhadap pengurus restoran itu akan diteruskan.
Pada 11 Disember lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Riduan membela diri, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap tertuduh.
Sementara itu, beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah (SAWO), Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC Pulau Pinang), Persatuan Undang-undang Sabah serta Suara Kanak-kanak Malaysia, turut hadir di mahkamah seawal jam 8.30 pagi.
No comments
Post a Comment