Kuala Lumpur: Dia dijanjikan pekerjaan sebagai jururawat, namun
dipaksa menjadi ibu tumpang sebelum melalui episod paling menyedihkan
apabila terpaksa menyerahkan dua anak kembar baru dilahirkannya kepada
‘pembeli.’
Itu kisah sedih mualaf warga Filipina mahu dikenali sebagai Irene,
28, yang mendakwa diperangkap sindiket penjualan bayi profesional yang
mempunyai rangkaian hingga ke Filipina.
Menurutnya, kisah duka itu bermula selepas dia berkenalan dengan seorang
wanita Malaysia yang datang ke kampung halamannya di Zambales,
Filipina, dua tahun lalu dan memperkenalkan diri sebagai ejen mencari
pekerjaan.
Irene berkata, tidak lama selepas itu, dia dan sepupu yang tinggal sekampung ditawarkan bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di sini.
Irene berkata, tidak lama selepas itu, dia dan sepupu yang tinggal sekampung ditawarkan bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di sini.
“Saya gembira menerima pelawaan itu dan sanggup datang ke Malaysia
biarpun terpaksa meninggalkan suami serta empat anak berusia dua hingga
12 tahun.
No comments
Post a Comment