Madrid: Seorang wanita warga Switzerland yang ditahan pihak berkuasa
Sepanyol bersama anak lelakinya berusia 10 bulan mengelar leher bayi itu
sehingga mati menggunakan pisau yang disembunyikan dalam lampinnya.
Polis Sepanyol berkata, Katharina Katit-Staheli, 40, ditahan Rabu
lalu bersama anaknya di Torrevieja berdasarkan waran tangkap
antarabangsa daripada polis Zurich kerana didakwa melarikan anaknya yang
menghidap masalah otak tanpa kebenaran sebuah klinik pakar di
Switzerland.
Kehilangan mereka dilaporkan bapa kanak-kanak terbabit berikutan Katharina tidak mempunyai hak penjagaan terhadap anaknya itu.
Kali terakhir Katharina dilihat bersama anaknya di Zurich pada 24
Disember tahun lalu dan dipercayai meninggalkan Switzerland dengan
menaiki jip hitam.
Dalam satu kenyataan, polis berkata wanita itu dan anaknya ditemui sekitar jam 7 malam di sebuah pusat beli-belah.
Mereka dibawa ke hospital kerana kanak-kanak terbabit memerlukan rawatan.
Katharina kemudian meminta izin memandikan anaknya sebelum membunuhnya sekitar tengah malam.
Dia kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri, namun berjaya dihalang anggota polis. - AP
No comments
Post a Comment