Rembau: Seorang lelaki parah selepas motosikal ditungganginya
melanggar belakang van sebelum merempuh sebuah kereta di Kilometer 19.5
Jalan Seremban-Tampin berhampiran simpang Sepri, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 20-an yang menunggang motosikal Honda
EX5 dalam perjalanan pulang ke rumah di Pedas dikejarkan ke Hospital
Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban akibat parah di kaki dan badan.
Pemandu van Yeoh Kim Lian,63, berkata, ketika kejadian dia yang dalam
perjalanan dari Rembau menuju Pasar Awam Pedas memberhentikan kenderaan
untuk ke simpang kanan Sepri sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat
dari belakang van.
“Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya terkejut apabila mendapati seorang penunggang motosikal terbaring atas jalan dan motosikalnya hampir hancur,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
“Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya terkejut apabila mendapati seorang penunggang motosikal terbaring atas jalan dan motosikalnya hampir hancur,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, dia keluar dari van dan pergi menghampiri mangsa yang ketika itu mengerang kesakitan dengan kaki dipenuhi darah.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian terus menghubungi ambulans dan polis untuk bantuan. Saya bersyukur kerana tidak cedera, namun terkejut kerana pertama kali terbabit kemalangan,” katanya.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati motosikal dari arah Rembau ke Seremban itu melanggar belakang van yang berhenti untuk masuk ke simpang kanan jalan.
“Pada masa sama sebuah kereta jenis PROTON Prevé dari arah bertentangan gagal mengelak menyebabkan mangsa melambung ataskereta itu,” katanya.
Kes siasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
No comments
Post a Comment