Pelakon terkenal dari Filipina, Jericho Rosales dikhabarkan bakal
menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, Kim Jones, gadis kacukan
British-Filipina, pada pertengahan tahun ini.
Menurut Kim yang merupakan seorang model dan pengacara, dia bertuah
dipertemukan dengan seorang jejaka yang melengkapi kekurangan dirinya.
Memetik Berita Harian, Kim menyatakan, “Jericho seorang yang berjiwa
penyayang, lucu dan kehadirannya melengkapi kekurangan saya”.
Pasangan ini juga akan mengadakan majlis perkahwinan mereka kelak di
tepi pantai seperti mana yang menjadi impian Kim sejak dari dahulu lagi.
Sebelum bercinta dengan Kim, Jericho pernah bercinta dengan dua
aktres terkenal Filipina iaitu Kristine Hermosa dan Heart Evangelista.
No comments
Post a Comment