Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lagi Sotong Gergasi Ditangkap Di Perairan Barat Jepun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



SEKUMPULAN nelayan Jepun dapat menangkap sotong gergasi sepanjang 3.4 meter di perairan barat negara itu, kelmarin.

Difahamkan, hidupan laut seberat 100 kilogram itu masih hidup ketika ditangkap di perairan wilayah Tottori tetapi mati sebelum bot nelayan tiba di daratan.
Menurutnya, sotong gergasi berkenaan dipercayai cedera kerana dua daripada sesungut panjangnya didapati hilang.

Ketibaan sotong itu menjadi tumpuan penduduk dan media tempatan.
Kebanyakan mereka membayangkan, jumlah sajian yang boleh dihidangkan jika sotong itu dipotong menjadi sashimi.

Bagaimanapun, kandungan ammonia yang tinggi dalam sotong itu dikatakan akan menjejaskan rasa enaknya.

Sotong itu dianggarkan boleh mencecah lapan meter panjang jika sesungutnya masih ada dan dipercayai berada di kawasan perairan sedalam antara 300 hingga 1,500 meter di dasar laut. – AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments