Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Nora Danish Diguris Nista
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Umum mengetahui si cantik jelita, Nora Danish, 32, sudah berpunya. Keterbukaannya berkongsi gambar `teman tapi mesra’ yang juga anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz iaitu Nedim Nazri memberi gambaran jelas hubungan intim yang terjalin.

Gambar mesra bersama keluarga mahupun bercuti ke luar negara sering dikongsi dalam laman sosial, Instagram (IG) untuk tatapan peminat. Walaupun sikap terbuka mereka mengundang pelbagai spekulasi dan kontroversi, sekali gus dilihat memerangkap diri tapi empunya badan tidak pernah ambil pusing dengan tohmahan dan katakata nista yang dilemparkan. Malah, Nora juga tidak terlepas dikaitkan dengan isu politik. 

Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai isu dan spekulasi, hubungan Nora dan Nedim dilihat bertambah akrab. Bagaimanapun, hingga hari ini, Nora atau Nedim masih membiarkan orang luar membuat spekulasi terhadap hubungan mereka.

Nora dan Nedim masih mengunci mulutnya untuk mendedahkan rahsia hati. Sejauh manakah hubungan cinta Nora dengan Pegawai Khas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu, peminat hanya dapat membuat andaian.

Tiada pengakuan dan kepastian daripada mulut mereka. Ikuti temu bual bersama pelakon yang kini diangkat sebagai Primadona Filem Melayu.

B*POP: Hubungan dilihat makin mesra dan sering bersama, bila lagi nak menemui titik noktah, maksudnya berkahwin?

NORA: Bohonglah, kalau saya cakap tiada perancangan mahu membina rumah tangga, tapi ia bukan keutamaan. Perasaan ingin berkahwin memang ada, tapi bukan dalam masa terdekat seperti yang digembargemburkan.

Bukan Februari seperti gosip yang bertiup kencang.

Berilah kami ruang untuk mengenali hati budi dan mencari keserasian terlebih dulu. Saya akui selesa bersama Nedim kerana sikapnya yang bersahaja dan tidak memaksa saya untuk memikirkan soal perkahwinan.

Soal nikah dan kahwin adalah perkara serius. Sebenarnya, saya selalu tertanyatanya, apabila nak berkahwin adakah saya sudah bersedia nak berkorban? Saya perlu reda dengan apa yang berlaku pada masa akan datang.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments