Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kanak-Kanak Parah Dihempap TV
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Gelang Patah – “Anak-anak yang meninjau dapur selepas terdengar bunyi kuat terkejut melihat televisyen 29 inci menghempap kepala Qistina hingga hidung, mulut dan telinganya berdarah.

“Melihat keadaan cemas itu, keluarga terus membawa Qistina ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” kata Mohd Nor Hizam Abdul Halim, 40, bapa kepada Nurul Qistina Farrah Aivienna, 6, yang parah akibat dihempap televisyen di dapur rumah ibu kanak-kanak itu di Taman Sri Pulai, di sini, kelmarin.

Mohd Nor Hizam berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam, Qistina mungkin memanjat kabinet televisyen kerana ingin membuka suis lampu sambil berpaut pada televisyen berkenaan.

Katanya, dia percaya ketika cuba menuruni kabinet itu, televisyen berkenaan terjatuh lalu terhempap kepalanya.

Menurutnya, anak keempat daripada lima beradik itu mengalami gegaran otak dan retak tulang tengkuk. – myMetro Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments