Beijing – Seorang lelaki berdepan
kemungkinan kudung apabila lengannya tersepit tiang ketika cuba mencuri
keluli di dalam struktur itu.
Kejadian berlaku di Guang’an, wilayah
Sichuan ketika lelaki terbabit cuba menggergaji bahagian luar tiang
diperbuat daripada konkrit untuk mencuri keluli di dalamnya.
Malangnya, tiang itu terjatuh ke atasnya mengakibatkan lengan kirinya tersepit.
Orang awam yang terdengar jeritannya menghulurkan bantuan dan menghubungi pasukan kecemasan.
Anggota bomba berjaya mengangkat tiang berkenaan dan melepaskan mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, doktor berkata mangsa mungkin
perlu dipotong lengannya akibat terlalu lama tersepit sehingga terputus
bekalan darah. – AFP
No comments
Post a Comment