Suatu ketika dulu, pernah bertebaran kisah pelakon, Nur Fazura kononnya
bersengketa dengan Neelofa. Terbaru, pelakon yang bakal muncul dengan
watak hantu langsuir bernama Cik Lang menerusi filem Kami Histeria pada
awal bulan depan dikatakan pula melancarkan ‘perang dingin’ terhadap
aktres, Hanez Suraya.
Fazura dikatakan memuat naik sindiran sinikal di laman sosial miliknya dengan mengharapkan seorang wanita itu berhenti meniru gaya serta fesyennya. Ramai membuat telahan sindiran itu ditujukan kepada Hanez. Seperti biasa manusia pantas membuat andaian. Ironinya, Nur Fazura dan Hanez pernah berlakon sama menerusi filem Bicara Hati pada 2004. Ada babak membabitkan mereka berdua.

Kedua-dua artis putih gebu ini juga pernah berkongsi pembantu peribadi
yang sama. Cuma, hingga saat ini, benarkah hubungan baik mereka sebelum
ini kini sudah tercalar? Peminat masing-masing juga dikatakan bertelagah
sesama mereka mempertahankan Nur Fazura dan Hanez. Nur Fazura yang
ditemui menjelaskan kenyataan dalam laman sosialnya tidak bererti ia
dirujuk kepada teman sesama industri. Nur Fazura turut mempertahankan
peminatnya yang tidak akan membuat perkara bodoh termasuk bertelagah
sesama sendiri dengan peminat artis lain.
“Saya juga mempunyai kawan dari kelompok dunia lain. Saya hargai sesiapa saja yang mengagumi cara saya termasuk dalam fesyen termasuklah dengan dia (Hanez),” kata Fazura. Ikuti apa pula kata Hanez...
B*POP: Ramai mengatakan wanita ditujukan Fazura itu merujuk kepada Hanez?
Hanez Suraya: Seperti apa saya katakan sebelum ini, saya memang tak tahu menahu jika apa yang ditujukan selama ini memang kepada saya. Manusia pantas membuat kesimpulan tetapi fikir dan faham sendirilah.
Berdasarkan apa yang ditulis kononnya ada wanita suka meniru gaya dan fesyennya, saya rasa sebelum ini pun saya juga gemar berfesyen tetapi kenapa pula sekarang perlu disensasikan. Kalau nak kata saya suka pakai tas tangan Chanel, golongan perempuan kebanyakannya gemarkan pelbagai jenama tas tangan. Jadi apa yang saya tiru sebenarnya?
No comments
Post a Comment