Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » ‘Shuudan Koudou’ Tradisi Dan Budaya Dari Jepun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


WARGA  Jepun mempunyai satu budaya yang unik dan ia telah kekal selama berpuluh-puluh tahun lamanya dikenali sebagai ‘Shuudan Koudou’ iaitu pergerakan seragam.

Keunikan pergerakan itu juga telah menjadikan satu video persembahan berkaitan pergerakan sebegitu di Jepun menjadi viral pada November tahun lalu.
Seramai 77 orang penuntut Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU) telah membuat persembahan berjalan kaki seragam di hadapan 11,000 orang penonton pada 14 November lepas.

Persembahan itu juga merupakan antara program utama dianjurkan universiti berkenaan.

Dalam persembahan itu, mereka akan berjalan kaki dengan pantas ala-ala kawad tentera cuma pergerakan pelajar ini lebih laju dan tepat serta pergerakan mereka agak kompleks.

Untuk menjayakan persembahan seperti itu, mereka berlatih selama lima bulan sebanyak tiga kali seminggu. Latihan diadakan untuk menjadikan pergerakan mereka benar-benar seragam dan lurus serta semuanya sama.

Dalam latihan mereka sahaja, mereka sudah pun berjalan sejauh kira-kira 1,200 km, jarak yang sama antara Paris di Perancis dan Rome di Itali.



Kapten kumpulan NSSU Keiko Suzuki berkata, golongan muda di Jepun di kritik hebat kerana gagal bekerjasama dan tidak berkemampuan bekerja dalam kumpulan.
“Remaja di Jepun dikatakan kurang mahir dalam bekerja secara bersama dalam kumpulan tetapi kami berjaya membuktikan ia tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, aktiviti juga membantu mereka dalam proses mencari pekerjaan kelak kerana mereka juga dilatih untuk berdisiplin pada tahap tertinggi dan mampu mengikuti serta mematuhi peraturan.

“Saya yakin pengalaman seperti ini begitu berguna ketika kami bersaing dalam pasaran kerja kelak,” menurut Keiko.
Budaya bergerak bersama secara seragam sudah lama dipupuk dalam budaya masyarakat Jepun.

Di sekolah di Jepun, para pelajar berdiri dalam barisan yang teramat lurus di antara satu sama lain. Kumpulan berjalan kaki seragam dari NSSU ini merupakan antara satu kumpulan yang popular di Jepun.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments