Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pemandu Teksi Ditipu, Penumpang Hilangkan Diri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SEORANG pemandu teksi di Singapura ditipu seorang penumpangnya yang meninggalkan sebuah kotak yang mengandungi barang tidak berguna ketika kononnya pergi untuk mengambil wang.

Pemandu itu yang dikenali hanya sebagai Koh berkata seorang lelaki meninggalkan sebuah kotak polisterin selepas memberitahu akan pergi bertemu majikannya untuk mengambil wang tambang.

Malangnya, lelaki itu tidak kembali untuk membayar tambang berkenaan dan terus menghilangkan diri.

“Lelaki itu menaiki teksi saya dari Redhill Close ke Tampines Street 83, dia meletakkan sebuah kotak besar polisterin di dalam but barang dan berkata ia perlu dihantar kepada majikannya.

“Menurutnya, majikan akan memberinya wang tambang teksi itu apabila dia tiba, dia juga kononnya membuat panggilan telefon kepada majikannya,” katanya menurut laporan laman web stomp.com.sg dari Singapura.

Sebaik tiba di destinasi tujuan, lelaki meminta Koh untuk menunggu di dalam teksi sementara dia pergi menemui majikannya mendapatkan wang tambang, tetapi dia pergi tidak kembali.

“Kotak yang ditinggalkan di belakang teksi hanyalah kotak kosong dengan barangan yang tiada nilai, dia kelihatan begitu profesional menipu tambangnya yang hanya berjumlah $19.90 Dolar Singapura,” kata Koh

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments