Selepas majlis pernikahan pereka fesyen terkenal petang tadi, peminat dunia hiburan hari ii terus dihidangkan dengan majlis pernikahan berprofil tinggi dan kali ini melibatkan pasangan sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin.
Mengambil tempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam pasangan ini bakal di’ijabkabulkan selepas beberapa tahun menyulam cinta sesama mereka dan menjadi tumpuan para peminat sepanjang hubungan mereka terjalin.
Rozita Che Wan & Zain Saidin telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan.
Rozita Che Wan menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000.
CP: Rotikaya.com
No comments
Post a Comment