Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Dating Dengan 14 Lelaki, Faralyna Akui Single But Not Available
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Sejak hubungan cinta yang terjalin seama lima tahun bersama pelakon Hairul Azreen putus di tengah jalan sekitar Februari lalu, aktres Faralyna Idris tidak menoleh ke belakang. 
Sebaliknya gadis berusia 22 tahun ini gigih mengukuhkan kerjayanya sebagai seorang pelakon disamping masa senggangnya diluangkan untuk keluarganya.
Bagaimanapun saat ditanyakan sama dia sudah punya pengganti sekarang, Faralyna tidak banyak berdalih. Mengakui dia kini sedang mengenali seorang jejaka namun Faralyna selesa untuk merahsiakkan dulu indeniti teman lelakinya itu. Katanya, pengalaman lalu mengajar supaya tidak terlalu menjaja kisah cinta dan tidak mahu terburu-buru dalam soal kahwin. Lagi pula usianya masih muda.
"Ya, sekarang ni saya sedang mengenali seseorang. Tapi terlalu awal untuk nak cerita lebih. Kami pun baru kenal lebih kurang enam bulan. Dia bukan orang dalam industri. Saya bukanlah nak sorok dia dari pengetahuan semua. Tiada sebab saya nak berahsia, apa gunanya? Sebab, kalau nanti saya keluar dengan dia, orang akan nampak juga.
"Saya masih muda dan belum masanya untuk berkahwin. Fokus saya sekarang pada kerja dan keluarga. Saya belajar daripada kesilapan lalu. Saya tak mahu terlalu menjaja tentang kisah cinta. tapi kalau orang bertanya saya akan jawab. Macam sekarang bila ditanya status saya? Saya, single but not available", kata Faralyna ketika ditemui pada sidang drama web, Dan Calonnya Adalah... bertempat di Score, The Roof Damansara, semalam.
Dating Dengan Calon-Calon Suami

Sementara itu bercerita tentang drama terbaru lakonannya itu, Faralyna berkata memengang watak sebagai Katrina memberinya satu pengalaman baru dan menyeronokkan apabila dia berpeluang melalui 'temujanji' dengan 14 lelaki. 
"Satu pengalaman baru sebab saya dapat lalui saat ber-dating, lebih-lebih lagi dating dengan lelaki-lelaki yang ada pelbagai kerenah. Tak pernah terfikir dapat lalui saat macam dalam drama ni. Antara pengalaman paling best, dating dengan Ikhwan. Sebab dia bawa karakter seorang lelaki pemalu, sepatah di tanya sepatah yang dia jawab.
"Dating dengan JS (Ji Sung) pun best sebab dia seorang lelaki yang pentingkan kesempurnaan dan obses dengan diri dia sendiri. Dia nak nampak kacak jer sentiasa, kelakar lah masa 'dating' dengan dia.
"Tapi sejujurnya saya tak suka kalau jodoh saya diaturkan oleh ibu bapa. Sebolehnya biarlah saya cari sendiri", katanya yang mengimpikan seorang lelaki yang simple dan tinggi untuk dijadikan teman hidup.
Dan Calonnya Adalah... mengisahkan Katrina yang didesak oleh ibunya Puan Kamariah supaya berkahwin dengan Haris yanag mana pemuda tersebut adalah lelaki pilihan ibunya itu. Namun Katrina menolak dan berkeras untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri.
Atas bantuan rakannya, Katrina mendaftar di sebuah agensi mencari jodoh. Menerusi satu temujanji ke satu temujanji, Katrina terpaksa berdepan dengan kerenah 14 jejaka antaranya, usahawan paling muda Aman (Haris Idola Kecil), Azman (Anas Ridzuan) yang gemar berpantun, Ehsan (Dafi) seorang perompak, Park (Kim Jin Sung) seorang arkitek dan model, Karim (Aidil Aziz) penganiaya haiwan, Kamil (Amar Bahrin) Seorang 'camwhore', Julian (Jeremy Teo), Sulayman (Ikhwa Hot.FM), Rohan (Aldo Gumara) seorang atlet dan ramai lagi.
Berjayakah Katrina menemui jodoh pilihannya? Siapakah jejaka yang bertuah yang berjaya menambat hati Katrina? Adakah pilihannya direstuai ibunya? Saksikan Dan Calonnya Adalah... setiap Isnin sehingga Jumaat jam 12 tengah hari bermula pada 12 Disember ini.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments