Selepas tersingkirnya Adrina Saidin dalam rancangan realiti pencarian
pengacaran dan wartawan penyiaran, Projek Metro, baru-baru ini,
penyanyi dan komposer terkenal telah menyunting gadis berusia 19 tahun
itu untuk menjadi model bagi video muzik terbarunya berjudul Aduh.
Namun, apa yang menarik perhatian penulis ialah keberanian Adrina
berpakaian seksi dengan menggenakan kemeja putih besar dan menimbulkan
andaian seolah-olah dia tidak memakai seluar dalam video muzik tersebut.
Walau bagaimanapun, kita jangan cepat membuat tuduhan melulu, mungkin
Adrina ada memakai seluar pendek yang disembunyikan dalam kemeja
tersebut.
Mungkin itu antara konsep yang ingin diterapkan oleh Ajai menerusi video Aduh.
Ala-ala romantis gitu, yang model pakai ‘boyfriend shirt’. Diharapkan
video muzik ini tidak menimbulkan sebarang kontroversi kelak.
Iyalah, tak pasal-pasal orang cemuh Adrina, baru je nak naik, dah berani berpakaian kurang manis seperti itu.
No comments
Post a Comment