Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 8 sekeluarga Ditemui Mati Dalam Keadaan Kepala Dipenggal !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Mexico City - Pihak berkuasa Mexico menemui jasad lapan orang dalam keadaan tragis  di jalan raya . Lapan orang yang diketahui satu keluarga ini sebelumnya dilaporkan diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata .

Kelapan jasad dengan jangkauan usia 18-40 tahun ini dijumpai dibuang di sepanjang jalan raya wilayah Teloloapan , Guerrero . Jasad - jasad ini ditemui dalam keadaan kepala dipenggal dan dimasukkan ke dalam beg plastik .

Pihak berkuasa wilayah Guerrero menyebutkan , terdapat tanda bekas penganiayaan dan luka tembakan pada jasad - jasad tersebut . Lapan mangsa dilaporkan diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata tepat sehari sebelum jasad mereka dijumpai . Demikian seperti dilansir AFP , Selasa ( 10/12/2013 ) .

Tiga ahli keluarga lain , termasuk seorang anak perempuan berusia 8 tahun , juga dilaporkan menjadi korban penculikan . Namun kewujudan mereka hingga saat ini belum diketahui .

" Walaupun jasad - jasad tersebut tidak sempurna , mereka boleh dikenal pasti , " ucap seorang penyiasat dari pejabat pendakwa tempatan yang enggan disebut namanya .

Guerrero merupakan salah satu kawasan termiskin di Mexico . Namun wilayah ini juga menjadi pengeluar dadah terbesar di Mexico , terutama bunga apiun atau bunga candu yang biasa dipakai menghasilkan heroin .

Pihak berkuasa tempatan masih belum mengetahui dalang utama di balik penemuan mayat ini . Namun diduga kes ini masih berkaitan dengan geng dadah tempatan .

Kumpulan aktivis pertahanan diri dibentuk di Guerrero pada Januari lalu . Kumpulan ini bertujuan melengkapkan warga dengan ilmu bela diri untuk menghadapi geng dadah yang kerap menculik , memeras dan melakukan pembunuhan di wilayah mereka .

Sumber: news.detik.com

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments