China – Percayakah anda bahawa dengan memakai kasut besi seberat 196 kilogram, ia mampu menyembuhkan sakit belakang? Bagi Zhang Fuxing, itulah penawar sakit belakang yang dialaminya selama ini.
Dengan memakai kasut besi itu dan berjalan sejauh 15 meter, Zhang percaya ia berjaya menguatkan organ dalamannya.
“Bukan otot-otot yang membolehkan anda berjalan ketika memakai kasut ini sebaliknya keupayaan untuk berjalan itu datangnya daripada organ dalaman.
“Bila anda berjalan dengan sekuat hati, ia akan berjaya,’’ katanya.
Menurut Zhang, selepas berjaya mencecah berat 400 kilogram, dia sangat bangga dan kini merancang untuk menambah berat kasut besi itu sebanyak 50 kilogram lagi.
Zhang yang membuka sebuah bengkel membuat peralatan mesin berkata, dia mula memakai kasut besi itu selepas melihat seseorang memakainya dalam televisyen.
Ketika mula memakai kasut berkenaan, dia mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian belakang hinggakan tidak mampu menundukkan kepala.
Namun dia mendakwa, kesakitan itu hilang hanya dalam beberapa bulan dan sejak itu dia terus memakainya.
Zhang kini mengeluarkan sendiri kasut besi tersebut di bengkel yang terletak di rumahnya, dan turut menjual kasut berkenaan melalui dalam talian.
Dia mendakwa sudah menjual lebih beberapa ratus pasang kasut dan harga sepasang kasut besi boleh mencecah antara RM290 hingga RM765
No comments
Post a Comment