Difahamkan, sejak menghuni rumah tingkat empat berkenaan bersama adiknya tujuh tahun lalu, kedua-dua pintu bilik itu tidak pernah dikunci.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kakak mangsa yang berusia 57 tahun memberitahu kali terakhir melihat adiknya kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin sebelum keluar ke tempat kerja di pasar raya berdekatan.
Menurutnya, sebaik pulang dari tempat kerja kira-kira jam 4.30 petang kakak mangsa mendakwa terkejut melihat barang, peralatan rumah dalam keadaan bersepah dan kedua-dua pintu bilik berkunci dari dalam.
Kakak mangsa yang menyangka adiknya sudah keluar bekerja kemudiannya menghubungi menantunya untuk memecahkan pintu bilik kerana ia gagal dibuka.
Sebaik pintu dibuka, mangsa yang masih bujang didapati terbaring dalam keadaan terlentang dengan sebiji bantal menutupi mukanya.
Hasil siasatan katanya, mangsa yang dikenali sebagai Rumaizah Borhan, 54, dipercayai sudah meninggal beberapa jam sebelum mayat ditemui kakaknya.
Pemeriksaan mendapati mangsa yang memakai baju T dan kain dipercayai dipukul dengan objek tumpul di bahagian dahi, hidung dan bibir selain ditekup dengan bantal.
“Barang berharga milik mangsa termasuk barang kemas, telefon bimbit dan jam didapati hilang. Mangsa dipercayai mengenali dan mengecam suspek berikutan tiada kesan umpil di pintu rumah berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa sudah menghuni pangsapuri itu lebih 20 tahun lalu dan percaya hanya seorang suspek melakukan jenayah itu kepada mangsa. Tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, keterangan beberapa individu sudah diambil termasuk jiran dan pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sinarharian
No comments
Post a Comment