Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » GEMPAR - Lima Objek Perhiasan Disangka Bom Timbul Kekecohan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kecoh lima objek perhiasan disangka bom

KUALA LUMPUR - Kekecohan mengenai penemuan lima objek yang disyaki bom di loteng sebuah rumah banglo lama di Jalan Air Molek 2, Titiwangsa di sini, berakhir apabila polis mengesahkan ia hanyalah barang perhiasan.
Terkejut dengan penemuan objek itu ketika mengemas loteng rumahnya yang sedang diubah suai pada kira-kira 10 pagi tadi, pemilik rumah itu seorang wanita berumur 54 tahun kemudian menghubungi polis kira-kira 1 tengah hari.

Sepasukan skuad pengesan bom dihantar ke rumah itu sejurus menerima laporan penemuan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil siasatan polis mendapati empat daripada objek itu disahkan unit pemusnah bom sebagai pemberat alat perhiasan yang digantung di siling rumah.

"Satu lagi objek ialah mortar tetapi tidak aktif kerana tiada bahan letupan dan besi pengetuk di bahagian hujungnya juga sudah tiada.

"Tiada sebarang nombor siri ataupun label pada mortar itu dan ia dipercayai digunakan untuk menentukan jarak tembakan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil siasatan mendapati objek berkenaan tidak berbahaya.

Ia dipercayai milik arwah bapa pemilik rumah itu, yang merupakan pesara tentera, katanya. - Bernama

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments