Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mungkin antara orang yang paling bengang dengan kekalahan pasukan tersebut kepada Manchester United Ahad lalu, namun seorang penyokong Arsenal di Uganda lebih merana lagi dengan keputusan perlawanan itu.
Begitu pun, silap terletak di bahu penyokong terbabit juga, Henry Dhabasani apabila dia memutuskan untuk mempertaruhkan rumahnya bagi keputusan perlawanan dengan kawannya yang merupakan penyokong Manchester United, Rashid Yiga.
Jika Dhabasani mempertaruhkan rumah, Yiga pula sanggup melepaskan kereta baru dan isterinya jika Arsenal menang.
Pertaruhan mereka ini bukan main-main apabila dibuat secara bertulis di depan pemimpin tempatan dan beberapa orang sebagai saksi.
Dilaporkan, Dhabasani yang mempunyai tiga isteri dan lima anak, pengsan di akhir siaran langsung perlawanan sebaik menyedari kekalahannya.
Akibat tindakan bodoh, dia dan keluarga diusir dari rumah oleh Yiga dan beberapa penyokong Manchester United, Isnin lalu.
No comments
Post a Comment