Bukan nak menyibuk tapi Murai Batu sampai terbeliak mata selepas dapat tahu salah seorang peserta Mister Planet Malaysia yang sedang rancak dijalankan sanggup jual badan dan rupa hanya semata-mata ingin merebut gelaran juara.
Malah, Murai Batu dapat tahu, peserta berkenaan disifatkan sanggup menggadai maruah seandainya itu adalah cara terbaik untuk dirinya menang dengan cara yang mudah.
Sunggupun Murai Batu tidak tahu sama ada perkara ini benar atau tidak, peserta tersebut yang di lihat antara yang paling mendapat sambutan dalam pertandingan ini telah kantoi bersikap sedemikian dalam salah satu ujian yang dijalankan.
Bagaimanpun, pihak pengajur difahamkan telah menasihati peserta berkenaan dan mata yang dipungutnya telah ditolak atas kesilapan tersebut.
Dalam pada itu, Murai Batu dengar cerita, beberapa peserta yang lain pula sudah sangat teruja untuk beraksi separuh bogel di depan lensa kerana tahu bentuk badanya merupakan daya penarik utama buatnya untuk menang.
Yang penting, Murai Batu rasa tidak seronok kerana perkara sebegini boleh berlaku?. Yelah, setahu Murai Batu pertandingan ini dibuat untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Kalau baru peringkat begini sudah buat perangai teruk macam gini, macam mana pula nanti bila sudah dipilih untuk wakil negara? Mungkin sesuatu yang diluar jangkaan berlaku dan menjejaskan imej negara.
Nasihat Murai Batu, penganjur kenalah betul-betul memilihdan melatih pemenang yang akan diumumkan pada penghujung November ini. – Murai.com.my
No comments
Post a Comment