NEW YORK - Sebuah lukisan yang dihasilkan pada tahun 1969 oleh
pelukis Britain, Francis Bacon mencatat rekod dunia sebagai karya seni
termahal pernah dijual dalam satu lelongan yang di- adakan di sini
kelmarin.
Lukisan berjudul Three Studies of Lucian Freud itu dibeli pada harga AS$142.4 juta (RM457.3 juta) dalam lelongan seni anjuran firma lelongan Christie's.
Karya seni itu menampilkan rakan Bacon yang juga seorang pelukis.
Lukisan itu dilelong selepas berlaku tawar-menawar selama enam minit
di bilik lelongan dan melalui telefon di Galeri Acquavella di Manhattan.
Sebelum ini, lukisan berjudul The Scream yang dihasilkan
Edvard Munch merupakan yang paling mahal apabila ia mencatat rekod dunia
pada tahun 2012 apabila dibeli pada harga AS$120 juta (RM385.4 juta).
Firma lelongan tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli lukisan itu. - AP
No comments
Post a Comment