BAYANGKAN bagaimana anda mahu menghafal perkataan yang mempunyai 35 huruf? Memang sukar dan memerlukan masa untuk mengingatinya.
Rasanya, itulah yang dihadapi oleh kenalan kepada Janice “Lokelani” Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele.
Nama keluarga yang cukup panjang itu sebenarnya diwarisi dari mendiang suaminya, seorang penduduk asli Hawaii.
Akibatnya, dia terpaksa membawa dua kad pengenalan memandangkan lesen memandunya tidak mampu menampung nama penuhnya.
Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele berkata, masalah kerap timbul kerana lesennya itu tidak mempunyai nama pertama dan tengah, sekaligus menyebabkan dia kerap disoal polis.
Beliau juga pernah disaran untuk menggunakan namanya sendiri, namun mengganggap ia sangat tidak menghormati orang Hawaii.
Nasihat penulis, janganlah beri nama yang terlalu panjang untuk anak anda walaupun tampak unik kerana ia pasti akan menyusahkannya di kemudian hari.
No comments
Post a Comment