SEORANG lelaki kebetulan berjaya menemui mesej di dalam botol yang tertua di sebuah kawasan pantai di Tofino, Kanada.
Steve Thurber dikatakan menemui sebuah botol yang ditutup rapat dengan kertas bertulis satu pesanan di dalamnya berusia 107 tahun di pantai Schooner’s Cove.
Selepas menemuinya, Thurber dari Courtenay bagaimanapun enggan membuka dan melihat kandungan mesej di dalam botol itu.
“Mungkin ini sahajalah satu-satunya botol yang dihantar oleh lelaki ini dan saya menemuinya, ia adalah seperti satu dalam berbilion kebarangkalian,” katanya.
Walaupun tidak dibuka, beberapa tulisan di atas mesej berkenaan boleh dilihat dari luar botol berkenaan.
Nota itu bertarikh 29 September 1906 ditandatangani oleh Earl Willard yang sedang berlayar dari San Fransisco ke Bellingham dengan kapal berkuasa stim Rainier.
Willard menghantar mesej berkenaan selepas kira-kira 76 jam dalam pelayaran yang memakan masa kira-kira dua minggu.
Alamat yang diberi Willard di dalam mesej itu kini merupakan sebuah muzium keretapi di Bellingham.
Thurber dikatakan menemui botol itu di dalam pasir pantai di kawasan yang ditutup untuk tujuan projek pemulihan semula Taman Negara Kanada.
Tahun lepas, seorang pemancing dari Scotland Andrew Leaper menemui botol berusia 98 tahun dengan satu mesej di dalamnya dan ia tercatat sebagai Rekod Dunia Guiness dan penemuan ini pasti memecahkan rekod itu.
No comments
Post a Comment