Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Shaheizy Sam Bakal Muncul Dengan Single Terbarunya~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2012, Shaheizy Sam bakal muncul dengan single terbarunya yang bakal dicipta oleh komposer terkenal Audi Mok untuk kempen "Nescafe Cans On Life".

"Sebenarnya ramai yang tidak tahu saya minat dalam bidang nyanyian, dan saya memulakan kerjaya seni saya sebagai penyanyi.

"Malah saya juga pernah ditawarkan untuk menghasilkan album, namun saya belum bersedia dan tidak mempunyai keyakinan untuk kembali aktif menyanyi setelah lama menyepikan diri. Saya bukan penyanyi profesional, sebaliknya menganggap diri sebagai penyanyi amatur," ujar Sam kepada Gua.

Sam yang pernah menganggotai kumpulan M.O.B pada tahun 2000 berkata peluang keemasan yang diberikan pihak Nescafe adalah peluang yang sangat berharga dan tidak dapat dilepaskannya.

"Semuanya bermula secara tidak sengaja apabila ada salah seorang rakan saya merakam video ketika saya sedang menyanyi di set penggambaran dan memuat naik video tersebut di laman sosial Facebook dan tak sangka mendapat respons positif daripada peminat-peminat."

Dalam pada itu, peminat-peminat boleh menyumbangkan idea di laman sosial Twitter dan Facebook menerusi #NescafeOnSam yang mungkin akan dijadikan inspirasi untuk single terbaru Sam yang akan dicipta oleh Audi Mok dengan kerjasama Nescafe.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments