Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Black Kini Sah Bergelar Suami Kepada Naquia~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Penyanyi, Black akhirnya telah selamat diijabkabulkan dengan isterinya Naquia Yasirah Mohamad Khairi, 28, dengan sekali lafaz pada pukul 12.06 tengahari tadi.

Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, Black atau nama sebenarnya Hanifah md Hanafiah, 26, telah melangsungkan majlis akad nikahnya di Zebra Square, Kuala Lumpur dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Alkhatab, Bukit Damansara.

Black memberi mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM12,000 berserta 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan. Manakala pengantin perempuan membalas dengan 9 dulang hantaran.

Hari bersejarah Black diadakan dengan sederhana namun meriah dengan kehadiran keluarga terdekat, media dan sahabat handai.

Majlis resepsi pula akan berlansung esok iaitu 14 September dengan bertemakan ala Taman Inggeris di Zebra Square.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments