PITTSBURGH – Seorang penuntut University
of Pittsburgh kini berhadapan dengan pertuduhan merompak sebuah kedai
serbaneka, di sini.
Menariknya, tertuduh, Jonathan Hewson, 21, melakukan rompakan tersebut sambil mengenakan kostum Spider-Man.
Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi itu,
Hewson yang masuk ke dalam kedai Atwood Xpress bertanya kepada kerani
akan jumlah wang yang mereka ada dengan suara yang kuat.
Bagaimanapun, ‘Spider-Man’ itu melarikan
diri ke luar ke kedai sebaik sahaja kerani itu mengambil Taser, sejenis
senjata kejutan elektrik.
Polis yang dihubungi selepas kejadian
itu berjaya menahan Hewson kira-kira 20 minit kemudian, tidak jauh dari
kedai tersebut dan mendapati dia masih memakai kostum tersebut.
Sementara itu, teman sebiliknya, Chris Esposito berkata, dia tidak percaya rakannya itu boleh melakukan perkara sebegitu.
“Dia seorang yang sangat baik dan sememangnya gemar memakai kostum Spider-Man untuk berseronok.
“Ini mungkin salah faham. Dia hanya
peminat karakter tersebut dan juga seorang pelajar. Dia tidak ada niat
buruk,” ujar Esposito.
Semasa kejadian, Hewson tidak membawa sebarang senjata dan tiada laporan spesifik mengenai ancaman terhadap kerani itu.
No comments
Post a Comment