Pelakon dan pengacara popular Scha
Alyahya dilaporkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk
membuang ketumbuhan dalam rahimnya, awal September lalu.
Menurut Scha, doktor mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.
“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.
“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya memetik laporan Metro Ahad.
Selepas menjalani pembedahan itu, doktor
menyarankan pelakon kelahiran Kedah ini untuk berehat selama sebulan
namun disebabkan dia tidak betah duduk diam, Scha hanya bercuti selama
dua minggu sebelum kembali bertugas seperti biasa.
Selepas diangkat menjadi duta produk
elektronik Sen Heng, kini Scha dan suaminya, Awal Ashaari sekali lagi
berganding menjadi pengacara, mengendalikan rancangan The Band yang akan
disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi.
No comments
Post a Comment