Sesetengah orang sanggup melakukan apa
sahaja demi mencapai apa yang mereka mahukan biarpun ia hanya sekadar
sejenis permainan video.
Lebih-lebih lagi ia melibatkan permainan
video paling terkenal iaitu Grand Theft Auto (GTA) 5 yang menjadi
kegilaan di seluruh dunia.
Dua orang remaja dan seorang lelaki
dewasa di Pulau Staten, New York sanggup menyamar sebagai anggota polis
hanya kerana mahu memotong barisan panjang menunggu giliran untuk
membeli permainan video itu yang diterbitkan oleh Rockstar Games.
Kirolos Abdel Sayed dan Frank
Santanastaso yang kedua-dua berusia 19 tahun bersama Matthew Kirsheh, 20
tahun melakukan penyamaran dan kemudian menolak orang ramai untuk
berada di hadapan sekali dalam barisan orang ramai itu.
Menurut sumber polis, Abdel Sayed
menunjukkan lambang polis palsu sebelum memberitahu orang ramai di Pusat
Membeli-Belah Staten Island Mall.
“Saya dari Jabatan Polis New York (NYPD),” katanya.
Gandingan bertiga itu turut menggunakan
sebuah kereta polis yang tidak lagi digunakan yang dibeli di sebuah
lelongan lengkap dengan lampu dan siren bagi meyakinkan orang ramai.
Menurut laporan New York Post, mereka kemudiannya ditahan polis kerana dilihat tidak mematuhi papan tanda lalulintas.
Sementara itu, di London seorang peminat
GTA diserang dengan batu bata dan dipukul sebaik sahaja membeli
permainan berkenaan pada Rabu lepas.
GTA 5 kini menjadi produk permainan
video paling laris di dunia selepas terjual lebih daripada 624 Juta
Pound dalam masa hanya tiga hari.
No comments
Post a Comment