Seorang ibu di San Clemente, California
secara tidak sengaja terlepas genggaman kepada bayinya dalam satu sesi
bergambar membuatkan insiden itu satu mimpi buruk tetapi ia menjadi
bualan di internet.
Sekeping gambar Elizabeth Cramer
kelihatan seperti beliau mencampak bayinya berusia enam bulan Edison
ketika cuba bermain-main dengannya supaya bertenang bertukar menjadi
saat menakutkan.
Gambar itu diambil pada Ogos lalu juga di San Clemente.
“Kami bermain-main dengannya beberapa
kali, tetapi tiba-tiba saya terdengar isteri saya menjerit “Aahhhh!”,
kata bapa bayi itu Steve Cramer, 32 tahun kepada laman web
GoodMorningAmerica.com.
“Saya pun menoleh dan saya melihat bayi
saya Edison melakukan “back flip” sebelum terjatuh di atas belakangnya
di atas pasir di tepi pantai itu,” katanya.
Edison bernasib baik tidak mengalami
sebarang kecederaan tetapi menurut bapanya yang juga seorang Pakar
Pediatrik, anaknya itu menangis kuat tetapi dia dalam keadaan baik.
Melalui aplikasi Reddit, gambar itu telah mendapat lebih dilihat lebih dari dua juta kali.
No comments
Post a Comment