Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Hati-hati Instagram Palsu Anzalna Nasir
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Anzalna Nasir

Akaun palsu di laman sosial bukanlah sesuatu yang baru, tambah-tambah pula yang berhubung kait dengan selebriti terkenal.

Pelakon wanita, Anzalna Nasir antara yang turut mendapat tempias akibat tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Memetik laporan GUA, akaun palsu tersebut menggunakan nama ‘anzalna_nasir’ dan individu yang mengendalikan akaun tersebut telah mencuri gambar-gambar dari Instagram miliknya.

Apa yang merisaukan aktres itu, pemilik akaun palsu tersebut turut bertindak membalas komen peminat selain menipu rakan artisnya seperti Hanez Suraya dan Talha Harith.
Antara penipuan yang cuba dilakukan ialah pernah meminta nombor telefon Hanez selain berhubung dengan Talha di Instagram.

Kepada peminat di luar sana, akaun milik Anzalna yang sebenar ialah, ‘anzalnanasir88′ dan selain daripada itu berkemungkinan besar adalah palsu.

Jangan tertipu ya. Selidik dahulu sebelum beria-ria berhubung dengan ‘artis-artis palsu’ di laman sosial.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments