BUTTERWORTH: Remaja lelaki ini baru berusia 13 tahun namun dia terpaksa bekerja sebagai penjual mee sup bagi membantu menyara keluarganya.
Budak lelaki ini pernah dipanggil ‘bodoh’ gara-gara tidak gagal menggapai impian bergelar seorang doktor.
Hari ini, selepas tujuh tahun Chin Chi Sheuan bekerja di gerai
menjual mee milik Tong Kok Hwa di Chai Leng Park dia bakal terbang ke
Taiwan untuk menyambung pengajiannya di Universiti Perubatan Chung Shan,
Taiwan bagi memenuhi impiannya selama ini.
Bagaimanapun, bukan mudah untuk Chi Sheuan yang terpaksa melalui
pelbagai rintangan termasuk kehilangan datuknya, membahagikan masa di
sekolah dan bekerja di gerai, melayan pelanggan yang mempunyai pelbagai
ragam serta menyimpan duit bagi membiayai pengajiannya dalam kursus
perubatan.
Tong, 41, sangat bersimpati dengan budak lelaki yang dianggap seperti anaknya sendiri.
Justeru, peniaga gerai itu memulakan kutipan derma dengan setiap
ringgit yang dikutip daripada pelanggannya pada 15 September ini akan
diberikan kepada Chi Sheuan bagi merealisasikan impiannya bergelar
seorang doktor.
Seorang pelanggan yang sangat prihatin dengan kepayahan yang
ditanggung oleh budak lelaki itu menderma RM18,000 bagi sepinggan mee.
Akhirnya, Tong berjaya mengumpul dana sebanyak RM30,000 untuk Chi Sheuan.
Nyata Chi Sheuan, tersentuh dengan sikap dermawan yang ditunjukkan
oleh pelanggan di gerai mee Tong, menyifatkannya sebagai satu keajaiban.
“Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan, betapa gembiranya saya dengan semua ini.”
Tong berkata kali pertama dia bertemu dengan Chi Sheuan, dia mahu berhenti sekolah dan menjual mee di gerai.
“Saya kata padanya, jika kamu mahu kamu boleh bekerja dengan saya,
tetapi kamu perlu teruskan belajar dan jangan berhenti sekolah,” kata
Tong.
Chi Sheuan, kembali mengingati memori beberapa tahun lalu apabila
seorang pelanggan menggelarnya ‘bodoh’ hanya kerana dia tidak sengaja
menumpahkan semangkuk mee sup ke atas badan pelanggannya.
“Ia sangat menyakitkan namun ia menjadi kekuatan kepada saya untuk
belajar bersungguh demi mengejar cita-cita untuk bergelar seorang
doktor.
“Dalam erti kata lain, hinaan yang dilemparkan kepada saya menjadi
perangsang untuk saya berusha dengan bersungguh-sungguh,” katanya yang
kehilangan datuknya kerana penyakit kanser menguatkan lagi keazamannya
untuk menjadi seorang doktor.
Chi Sheuan berkata dia seirng ketinggalan dalam semua mata pelajaran
dan bukan mudah untuknya kembali mengejar kembali pelajarannya yang
tertinggal.
“Saya perlu mendisiplinkan diri saya sendiri dan membahagikan masa antara belajar dan bekerja di gerai menjual mee.
“Kerja keras saya terbayar apabila saya memperoleh Purata Nilai Gred
Kumulatif (CGPA) 3.75 dalam peperiksaan STPM dan saya ditawarkan tempat
di universiti,” katanya. mSTar
No comments
Post a Comment