PETALING JAYA: Program Seekers musim kesembilan bakal
menggunakan kepakaran penyiasat paranormal antarabangsa terkenal iaitu
Robb Demarest dari Amerika, selebriti masakan Jackie M dan pelakon Jufri
Rayyan Williams.
Penerbitnya, Aeizul Reeza Ismail, berkata, gabungan penyiasat
tempatan dan antarabangsa untuk musim ini menarik kerana masing-masing
mempunyai perspektif berbeza.
"Seekers musim ini juga dilengkapi dengan pelbagai alat-alat
teknologi bagi mendapatkan lebih banyak barang bukti hasil kerjasama
bersama Robb Demarest. Antara teknologi yang digunakan adalah mesin
mengesan pergerakan, kertas sensitif haba, penjana ion, penjana EMF,
pistol haba, cermin mata berkamera dan pelbagai lagi.
“Menerusi teknologi yang kami gunakan nanti, kami berharap pelbagai
bukti saintifik dapat kami perolehi dan seterusnya menyangkal dakwaan
negatif terhadap rancangan ini,” katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, para penyiasat Seekers akan ke serata Malaysia seperti
Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor bagi membongkar beberapa lagi
aktiviti paranormal sepanjang 13 episod disiarkan.
“Kami amat teruja kerana Seekers musim 9 menampilkan
personaliti antarabangsa – Robb Demarest & Jackie M – yang sudi
bekerjasama dalam menjayakan siri kali ini.
"Saya percaya peminat Seekers akan lebih berpuas hati dengan konsep
musim terbaru ini kerana lebih banyak pendekatan saintifik yang akan
digunakan.
"Kami juga ingin berterima kasih kepada para penonton kerana banyak
memberikan maklum balas yang membina terhadap Seekers yang merupakan
antara rancangan yang paling lama ke udara di ntv7,” katanya.
Saksikan rancangan Seekers musim ke-9 yang akan menemui para penonton setiap hari Rabu bermula 11 Sepetember, pukul 8.30 malam di ntv7.
Maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan
terbaru kami di Facebook dan Twitter ntv7. Seekers musim 9 juga boleh
ditonton semula di www.tonton.com.my.
No comments
Post a Comment