Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Fesyen Lady Gaga Semakin Menakutkan~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


LOS ANGELES - Gaya esentrik penyanyi popular Lady Gaga dilaporkan semakin pelik dan menakutkan.

Penampilan terbaru penyanyi itu yang memuat naik gambarnya di laman gambar Instagram mengejutkan banyak pihak termasuk peminat fanatiknya sendiri.

Menurut akhbar Daily Mail, Gaga, 27, kelihatan seperti watak dalam filem thriller Silence of the Lambs.

Gaga memuat naik gambar tersebut dengan menulis kapsyen "saya mempunyai masa yang seronok dengan topeng muka."

Penyanyi lagu Poker face itu turut menambah, "Adakah ia kelihatan seperti Margiela?" soal Gaga yang ditujukannya kepada butik fesyen Maison Martin. 

Terdahulu, pereka fesyen terkemuka, Margiela pada awal tahun lalu telah menutup muka model-modelnya menggunakan topeng muka kristal semasa memperagakan baju.

Bagaimanapun, rupa Gaga dalam gambar tersebut dikatakan sama seperti pembunuh kanibal bersiri dalam filem seram Silence of the Lambs yang dibintangi oleh Jodie Foster. - Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments