Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Muzium Rancho Obi-Wan Simpan Koleksi Star Wars Terbesar Dunia~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


PETALUMA, California - Seorang peminat fanatik Star Wars di California telah mengumpul sebanyak 330,000 unit memorabilia di dalam sebuah muzium yang dibina sendiri, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Peminat itu, Steve Sansweet, menjadikan tapak ladang ternakan ayam miliknya seluas 836 meter persegi kepada sebuah muzium yang menempatkan semua koleksi memorabilia Star Wars dan dinamakan Rancho Obi-Wan.

Sansweet yang merupakan seorang Pengarah Pengurusan Kandungan dan Ketua Perhubungan Peminat di syarikat Lucasfilm itu telah diiktiraf Guinness World Records atas pembinaan muzium tersebut.

Rancho Obi-Wan diiktiraf sebagai muzium yang menempatkan koleksi terbesar memorabilia Star Wars di dunia.

"Saya mula berminat dengan Star Wars kerana sukakan kisah sains fiksyennya yang lebih hidup.

"Saya baca semua novel klasik sains fiksyen, lihat semua rancangan televisyen dan filem sains yang masih kekurangan unsur sains di dalamnya. Kemudian muncul Star Wars dan saya terus meminatinya sejak dari mula," kata Sansweet.

Koleksinya melibatkan sebuah bilik arked pinball, model lego patung Darth Vader, R2D2 dan Boba Fett. Selain itu, dia juga memiliki satu batalion askar droid dan sebuah band patung cantina. - Agensi


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments