Jalan Keningau ke Kimanis jaraknya hanya 53 km sahaja dan memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke Simpang Kimanis. Jalan raya ini dahulunya adalah untuk mengangkut kayu balak oleh syarikat-syarikat pembalakan.
Kini
setelah dinaik taraf jalan raya Keningau - Kimanis merupakan jalan
utama dari Daerah Keningau ke Bandar Kota Kinabalu. Boleh dikatakan
jalan raya inilah digunakan oleh pengusaha teksi dan bas dari Pekan
Keningau Ke Kota Kinabalu saban hari.
Percaya
atau tidak terdapat satu bukit di km 11 dinamakan Bukit Ajaib oleh
sesetengah pengguna jalan raya kerana keunikannya. Bukit ini kalau di
pandang dengan mata kasar ia menurun tetapi apabila kereta kita letakkan
dalam posisi gear free kereta itu sepatutnya meluncur menuruni bukit
tetapi sebaliknya pula berlaku seolah-olah kereta tersebut di tarik
sesuatu dan kereta itu mengundur menaiki bukit.
Secara logik jika benda
bulat di letakkan disitu benda tu akan bergolek ke bawah tetapi
sebaliknya berlaku..Itulah antara keunikan bukit ajaib yang terdapat di
jalan Keningau - Kimanis
No comments
Post a Comment