Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Hospital China Cari Darah Anak Dara Sebagai Eksperimen Dikecam~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


BEIJING - Misi sebuah hospital di China mendapatkan bekalan darah daripada wanita yang masih dara dan sihat untuk kegunaan penyelidikan perubatan telah dikecam sebagai menghina wanita, lapor media tempatan kelmarin.

Hospital Barah Universiti Peking dikatakan memerlukan darah 100 orang wanita yang masih dara berumur 18 sehingga 24 tahun untuk beberapa kajian mengenai Virus Papiloma Manusia (HPV), lapor akhbar China Daily

HPV lazimnya berjangkit melalui hubungan kelamin.

Sebahagian pengguna internet mengutuk usaha yang dilakukan ini sebagai cubaan mempromosikan penjagaan dara dan merendahkan maruah wanita.

"Lelaki teruna tidak diperlukan, hanya wanita sahaja. Sains apakah ini?" soal seorang pengguna di laman perkongsian sosial, Sina Weibo.

Pihak hospital itu bagaimanapun mempertahankan usaha untuk mendapatkan sukarelawan dengan menyatakan bahawa darah wanita yang masih dara kurang dijangkiti HPV.

"Langkah itu sejajar dengan amalan antarabangsa untuk mengumpul sampel darah wanita dara yang berkhidmat sebagai kawalan negatif dalam kajian HPV.

"Usaha ini dilakukan memandang risiko dijangkiti HPV adalah rendah dalam kalangan wanita yang tidak pernah mengadakan hubungan seks," kata jurucakap hospital, Guan Jiuping. - AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments