SEORANG kanak-kanak berusia 20 bulan terjatuh ke dalam lubang jamban di Yanji, utara China.
Kanak-kanak lelaki itu hilang kawalan ketika cuba menggunakan jamban berkenaan.
Bomba dipanggil bagi mengeluarkan kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak memanggil nama ibunya.
Sebaik saja berjaya diselamatkan, ibunya segera membersihkan anak kesayangannya itu sebelum dia dibawa ke hospital.
Menurut doktor, kanak-kanak berkenaan tidak mengalami kecederaan yang serius dan bernasib baik kerana terjatuh atas pemukaan yang ‘lembut’…
No comments
Post a Comment