Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Perompak Kini Tenat Selepas Melarikan Diri Dengan Melompat Dari Ketinggian 61 Meter~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Robin Gutheridge 

New York - Demi mengelak ditangkap seorang suspek rompakan bank nekad melompat melalui saluran sampah apartmen dari ketinggian kira-kira 61 meter sebelum terjatuh ke dalam tong sampah, kata polis semalam.

Robin Gutheridge, 26, menggelongsor dari tingkat 21 apartmen Plaza Clinton yang terletak hanya beberapa blok dari cawangan sebuah bank yang dirompaknya sebelum itu.
Pegawai polis Tom Connellan berkata, Gutheridge bernasib baik kerana tidak terbunuh akibat tindakannya itu.

Katanya, Gutheridge masih sedarkan diri dan boleh bercakap ketika ditahan polis sejurus kemudian. “Dia terselamat kerana dapat memperlahankan kelajuan jatuhan itu dengan berpaut pada pemegang pelongsor dan sampah yang ada dalam tong pula menahan hentakan tubuhnya ketika dia tercampak,” katanya.

Anggota bomba dihubungi bagi mengalihkan tong sampah berkenaan dan mengeluarkan Gutheridge.

Gutheridge kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Universiti New York akibat kecederaan dalaman dan patah tulang. - AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments