TIDAK ramai yang tahu, di sebalik kehidupan glamor, aktor Daniel Radcliffe mempunyai masalah kesihatan yang agak membimbangkan.
Menurut laporan portal TheSun, salah
seorang sumber yang cukup rapat dengannya mula risau apabila bintang
filem Harry Poter itu 'tenggelam' dengan keseronokan berpesta alkohol
dan dadah sehingga melupakan kesihatannya.
"Teman-temannya mula bimbang dengan cara
kehidupan Daniel yang sudah mula hilang arah akibat sering mengambil
ganja secara berlebihan dan mungkin dia akan terjebak dengan dadah pula.
"Malah dia juga mengambil alkohol secara
berlebihan. Daniel sempat mendekatkan diri dengan beberapa wanita namun
belum bertemui dengan wanita yang benar-benar dicintai.
"Kerana itu Daniel bersifat lebih terbuka berpesta bersama wanita-wanita yang tidak dikenalinya," kata sumber.
Keadaan Daniel juga membuatkan orang di
sekelilingnya risau kehidupan aktor itu mungkin akan menjadi seperti
Macaulay Culkin, pelakon yang pernah popular pada zaman kanak-kanak
dahulu yang kini hidup terumbang-ambing gara-gara alkohol dan dadah.
"Daniel telah bekerja tanpa henti sejak
berusia 11 tahun dan sekarang ini dia perlu membersihkan diri. Tiada
siapa yang mahu melihatnya berakhir seperti Macaulay," tambah sumber itu
lagi. - mStar Online
No comments
Post a Comment