Pemandu Di Sabah Diambil Perhatian Di Jalan Raya Ini.
Satu insiden telah berlaku pada seorang pemandu Fauzi Miswan di jalan KK dan Kota Belud.
Begini ceritanya :
Kejadian berlaku pada 29/08/2012 jam lebih kurang 6.00 p.m. semasa saya, isteri ,dua orang anak saya yang berumur setahun dan 6 tahun serta seorang anak buah saya berumur 8 tahun dalam perjalanan pulang dari Kota Belud menuju ke Kota Kinabalu selepas menghantar kedua mertua dan adik ipar saya di Kg Kulambai Dundau..
Tiba-tiba saya dikejutkan oleh satu objek panjang yang berpusing menuju ke arah kereta saya dari atas sebuah bukit di lokasi Kg. Paka-Paka jalan Kota Belud - Tuaran (berhampiran bukit Tenghilan)...,oleh kerana tidak sempat mengelak ,objek tersebut terkena hadapan kereta saya betul-betul di sebelah pemandu dengan satu dentuman yang kuat..,objek tersebut melantun lalu terjatuh di seberang jalan..,saya memberhentikan kereta ditepi jalan dan mendapati bonet kereta telah kemek...,lantas terus menuju ke arah objek yg terjatuh tadi..alangkah terkejut nya saya bersama isteri apabila mendapati objek itu adalah sebatang besi keluli padu seberat lebih kurang 2 kg..
Alangkah bernasib baiknya saya kerana objek tersebut tidak jatuh mengenai cermin kereta saya lalu tembus terkena saya yang sedang memandu atau terkena anak saya yang duduk dihadapan ketika itu...dan jika itu terjadi apakah agaknya nasib isteri dan anak-anak serta anak buah saya yang ketika itu bersama di dalam kereta yang saya pandu..syukur kepada Allah s.w.t kerana semuanya selamat...,
Setelah sampai kerumah isteri saya menelefon kakaknya di Kota Belud rupa-rupanya sudah banyak kes kereta dilempar oleh pelbagai objek berlaku di kawasan sekitar tersebut..,malam ini akan membuat laporan polis..,kepada semua pemandu yang selalu lalu dikawasan tersebut plss BE ALERT..!!!....plss share kpd semua...
No comments
Post a Comment